BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 25 April 2012

Mata & Air




Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.
Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

Tuesday, 24 April 2012

Indahnya Sabar



Pahala bagi orang-orang yang bersabar menurut Ali r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Sabar itu ada tiga:

1. Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya yakni mentakdirnya atau menyuruh menulis di Luh Mahfuz 300 darjat, yakni darjat yang tertinggi di Syurga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

2. Barang siapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 600 darjat yang mana satu darjat itu seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi yang terakhir.

3. Barang siapa bersabar dari maksiat, yakni meninggalkan kerja-kerja maksiat maka Allah S.W.T. akan mencatatkan baginya 900 darjat yang mana setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti permukaan bumi hingga ke Arasy. Dan dia adalah makhluk darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhi segala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi yang paling tinggi."

Dalam al-Quran yang suci Allah telah berfirman yang bermaksud:
Katakanlah:"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunnguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar ayat 53)
Kita sebagai hamba-Nya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kekhilafan, jadi bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mendengar taubat. Semoga sinar hidayah menerangi kehidupan kita dan menjadi hala tuju kita untuk ke Syurga Allah yang kita idam-idamkan, Insya-Allah.

Thursday, 19 April 2012

Allah Sayang Kita

Allah sayangkan hambaNYA,
Allah kasihkan khalifahNYA,
Allah sayangkan kita..
Sebab itu kita diberi ujian,
Kerana itu kita diberikan dugaan
Oleh sebab itu juga kita dibebani masalah

Tapi, pernahkah kita terfikir?
Kasih SayangNYA?
Tentang NikmatNYA?
Hakikat RahmatNYA?
RezekiNYA?

Tidak terkira banyaknya
DIA beri kita UJIAN,
Kita menangis
DIA beri kita digunakan,
Kita mengeluh
DIA beri kita MASALAH,
Kita marah..

Pernahkah kita merungut bila lelah?
Pernahkah kita merengek tika sakit?
Pernahkah kita marah tika masalah menimpa?

Tapi kan
Pernahkah kita syukur bila ALLAH beri kecukupan?
Pernahkah kita sujud dengan sepenuh hati untuk solat?
Qiammulail pasti jauh sekali
Pernahkah kita lakukan rukun Islam sepenuhnya dengan bersungguh?
Sudahkah kita penuhi rukun Iman untuk menjadi hambaNYA yang soleh?

Cukupkah kita hanya bernama Muslim?
Jika tidak menyempurnakan kedua-dua rukun itu?
Sempurnakah kita andai ciri-ciri sebenar Muslim itu tidak ada dalam diri?
Adakah kita nilai semula betapa banyak nikmatNYA yang telah kita kecapi,
Tanpa "SYUKUR?"

Namun...
Kita tetap "TAMAK" untuk mendapatkan yang lain dan..
Dakwa ALLAH Tidak Sayangkan kita
dan Tidak beri apa yang diminta
Apakah kita terfikir?

Ya ALLAH,
Ampuni kami
Atas khilaf kami
Sedang kami insan yang lemah

Kini.. kami sedar,
"ALLAH SAYANGKAN KITA"
Mulai saat ini, jadilah muslim yang baik!.. insyaAllah..

Wednesday, 18 April 2012

Bagaimana Menambah Nikmat Allah



Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:

"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadapNya dan sentiasa mentaatinya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya."

Monday, 16 April 2012

Tazkirah Remaja



PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."
PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.
Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Sunday, 15 April 2012

| BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH |





Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,
Dengan kain KAFAN yg serba putih..

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun org yg hadir itu merintih,
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..

Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tdk berguna di Alam Baqa'..

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan,
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna utk yg tinggal,
Bukan yg pergi..

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan..

Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan,
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya..

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti..

Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak petok itik tak sudu,
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari Malaikat...

Lahirmu bukan utk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat..

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah',
Dgn penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',
Jln kemenangan akhirat dan dunia..

Ingatlah yg kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jln,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan..

Pada hari itu tiada berguna,
Harta, takhta dan putera,
Isteri,kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA...

Saturday, 14 April 2012

~TANDA SAYANG-NYA~



“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”
– Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Anbiyaa’ ayat 35.

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Thursday, 12 April 2012

Jibril A.s, kerbau,Kelawar Dan cacing



 "Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur tergantung di dalam sebuah gua. Kemudian mula bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...