BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 29 February 2012

Untuk peringatan kita bersama .......


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan
sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau
ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang
dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang
selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-
Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan
solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan
batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua
anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh
anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4.
Tidak mencari / mengharap pujian orang ( riya' )

5.
Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di
sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di
belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di
atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku
kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku
ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku
bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Tuesday, 28 February 2012

Petua Tidur Rasulallah



Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Monday, 27 February 2012

KELEBIHAN UMAT MUHAMAD


**********************

Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kpd Nabi Musa a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg
bermaksud: "Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat Subuh) semua apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan
oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat yg pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dpt mengintai mereka."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh
Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi
meminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti akan Aku berikan."

Firman Allah s.w.t.: "Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan
oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yg beru lahir dari perut ibu."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu'
sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air
wudhu' itu dgn syurga yg luasnya seluas langit dan bumi."

Firman Allah s.w.t: "Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan
umatnya dlm bulan Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap
kebaikan yg dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar
pahal fardu. Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar,
barang siapa yg membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn
bersungguh-sungguh dan menyesal di dlm hatinya terhadap
kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati pd mlm itu atau pd bulan itu, maka
Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 org mati syahid."

Firman Allah s.w.t: " Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada
org-org yg berdiri di atas tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan
syahadat La illaha illallah, maka pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi
a.s. dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka
dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap
bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah."


Sunday, 26 February 2012

FADHILAT AYAT QURSI


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
 Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
 
 Sabda baginda lagi; " Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

* Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

* Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

* Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

* Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

* Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

* Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azzawajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

* Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s.a.w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."




Saturday, 25 February 2012

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s.



*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu
daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun.  Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.  Beliau sujud
di atas gunung selama seratus tahun.  Kemudian menangis lagi sehingga air
matanya mengalir di jurang Serantip.  Dari air mata Nabi Adam itu Allah
tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.  Beliau menyangka
burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.
Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.  Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa
nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu
keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
 * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
 * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
 * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

 Apabila ditanya cahaya apakah ini ?  Lalu dijawab :
 "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika
 di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
 mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

 Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang
 sebelum azan.

 Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
 sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

 Kala Jengking Neraka
 Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam
 yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.  Besarnya Huraisy ini
 dari timur hingga ke barat.  Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
 Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
 yang kau cari?"

 Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
 meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
 Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap
 tentang dunia di dalam masjid.  Kelima, orang yang suka minum arak."


Friday, 24 February 2012

Rahsia Kurma


~~~~~~~~~~~~

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam
keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara
buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. 
Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma
bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat
2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus
glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara
semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga  yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh.  Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan
selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. 
Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik
untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber
mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi
potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t.
dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan."

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika
sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon
kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon  kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahiran Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan
serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit.

Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu
penawar penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk
menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual
atau batin.

Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa
sahaja. Kurma baik dijadikan pembasuh mulut selepas makan atau
menggantikannya makanan ringan yang rata-rata mengandungi
karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa
pelbagai jenis penyakit.

 
WALLAHUA'LAM


Dua Hal Yang Sering Membuat Kita Tak Bersyukur



 KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.

Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang terbaik.
Tapi anda masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi berbagai target dan keinginan. 
Anda begitu obsesi oleh rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak  mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap tak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa pun banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi "KAYA"  dalam  erti yang sesungguhnya.

Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ''kaya''.

Orang yang ''kaya'' bukanlah orang yang  memiliki banyak hal, tetapi orang yang dapat  menikmati apapun yang mereka miliki. 

Tentunya boleh-boleh saja kita memiliki keinginan,  tapi kita perlu menyedari bahawa inilah akar perasaan  tak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan fokus pada apa yang sudah kita miliki.

Cubalah lihat keadaan di sekeliling Anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat baik, pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.

Seorang pengarang pernah mengatakan, ''Menikahlah  dengan orang yang Anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang Anda nikahi.'' Ini perwujudan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang nenek yang  mengeluh karena tak dapat membeli sepatu, padahal  sepatunya sudah lama rosak. Suatu pagi ia melihat  seseorang yang tak mempunyai kaki, tapi tetap ceria.  Saat itu juga si nenek berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.

Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .

♥●♥__♥●♥

KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.

Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .


Ada cerita  menarik  mengenai dua pesakit rumah sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  berkata, ''Lulu, Lulu.''  Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ''Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.''  Si pengunjung mengangguk, tapi begitu lalu di katil lain ia terkejut melihat penghuninya terus menerus memukulkan kepalanya di tembok dan berteriak,  ''Lulu,  Lulu''. ''Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? '' tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ''Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.''

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.

Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut karena kapalnya karam, namun tetap berbahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, ia menjawab, ''Saya  mempunyai dua anak laki-laki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di seberang. Kalau berjaya selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalaupun mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.''



Thursday, 23 February 2012

Kenali 9 Jenis Manusia



1. Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat tentang waktu
solatnya seolah-olah d ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman as.


2. Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa
musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu
sambil berkata,”Ya Rabbi Aku ridha dengan ketentuanMu ini”, sambil
mengukir senyuman.

3. Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

4. Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
dan sentiasa melonggokkan harta.

5. Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

6. Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang
baik.

7. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan sejauh
mata memandang.

8. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi menghimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

9. Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni Syurga
kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari
siksa neraka.

Tuesday, 21 February 2012

Sifat Mulia yang ada pada Anjing.



Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

Pertama :Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...